banner

Selaras dengan perubahan dalam sistem pendidikan maupun transformasi dalam kurikulum pendidikan, pendidikan untuk golongan OKU perlu selari dengan golongan anak-anak di arus perdana. Sistem pendidikan khas di Malaysia seharusnya tidak lagi berada di takuk lama. Kalau selama ini anak-anak OKU berada di tahap kelas ketiga disebabkan oleh ketidakmampuan mereka menguasai akademik, stigma ini pahan ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Kalau OKU pekak gagal dalam akademik disebabkan ketidakmampuan menguasai bahasa, mesti difikirkan cara untuk mengatasinya. Kerajaan telah berbelanja jutaan ringgit bagi membiayai keperluan pemerolehan bahasa untuk anak OKU pekak. Guru-guru telah dihantar untuk menjalani latihan kemahiran pakar audiologi dan jurupulih pertuturan. Pusat-pusat perkhidmatan pendidikan khas yang lengkap dengan peralatan telah dibina; perjawatan guru pertuturan juga telah diwujudkan dan elaun insentif telahpun diberi kepada guru yang mengajar OKU. Tapi majoriti anak-anak OKU pekak masih lagi di tahap lama, tiada bahasa. Namun begitu ada juga terdapat guru-guru yang benar-benar berusaha memanfaatkan bayaran insentif RM250.00 dengan mendidik anak-anak OKU pekak sehingga berjaya ke peringkat IPTA,

Thursday, 20 December 2012

Ciri-Ciri dan Kegunaan Kayu Tempatan Untuk Perabot


Boleh dikatakan semua kayu di negara ini sesuai untuk digunakan membuat perabot. Tetapi ianya bergantung kepada sturktur kayu tersebut. click here

Night rider bar

Produk Kayu Tempatan


Menurut Malaysian Timber Industry Board (M11B) di dalam kertas bertajuk //Specifying Timber for
Building Constructions/ kayu-kayan ternpatan dikelas kepada 4 kumpulan utama iaitu; click here

Night rider bar

Inovasi Baru

Inovasi baru ini merupakan pengenalan kepada produk-produk berkaitan dengan pembuatan perabot. Ruang ini menyediakan koleksi produk ataupun info yang baru berkaitan dengan pembuatan perabot daripada organanisasi luar. click here


Night rider bar

Akademik

Modul Pembelajaran & Pengajaran di Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat. click here

Night rider bar

Dasar Orang Kurang Upaya


Pengenalan
Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. click here


Night rider bar

PERABOT:



5 Julai 2012 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan mempamerkan salah satu daripada produk perabot inovatifnya, iaitu Modular Perabot Luaran, pada Spogagafa 2012 iaitu pameran dagang tahunan terbesar di dunia berkaitan produk taman yang akan diadakan di Cologne, Jerman, September nanti. Produk FRIM ini akan dibawa ke sana untuk dipamerkan oleh syarikat  Supreme Tropical Furniture Sdn Bhd (STFSB) yang membuat dan mengekspot pelbagai jenis perabot taman berasaskan kayu ke serata dunia termasuk UK, Eropah, USA dan Australia. click here

Sejarah Penubuhan SMVBP

Sekolah ini dibina pada awal tahun 1984 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat melalui pakej pertama pinjaman berjumlah RM 30 juta dari Asian Development Bank. Organisasi pentadbiran sekolah bermula pada 1 Januari 1986 dengan kehadiran 21 orang guru di bawah pimpinanTn Hj Md Dom Bin Mohd Yunus yang memangku jawatan Pengetua hingga 1987. click here

Saturday, 15 December 2012

Hasil kerja pelajar Pendidikan Khas
Night rider bar

Transformasi Pendidikan Khas OKU

                                                

Transformasi Pendidikan, Pendidikan Khas
Selaras dengan perubahan dalam sistem pendidikan maupun transformasi dalam kurikulum pendidikan, pendidikan untuk golongan OKU perlu selari dengan golongan anak-anak di arus perdana.  Sistem pendidikan khas di Malaysia seharusnya tidak lagi berada di takuk lama.  Kalau selama ini anak-anak OKU berada di tahap kelas ketiga disebabkan oleh ketidakmampuan mereka menguasai akademik, stigma ini pahan ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Kalau OKU pekak gagal dalam akademik disebabkan ketidakmampuan menguasai bahasa, mesti difikirkan cara untuk mengatasinya.  Kerajaan telah berbelanja jutaan ringgit bagi membiayai keperluan pemerolehan bahasa untuk anak OKU pekak. Guru-guru telah dihantar untuk menjalani latihan kemahiran pakar audiologi dan jurupulih pertuturan. Pusat-pusat perkhidmatan pendidikan khas yang lengkap dengan peralatan telah dibina; perjawatan guru pertuturan juga telah diwujudkan dan elaun insentif telahpun diberi kepada guru yang mengajar OKU.  Tapi majoriti anak-anak OKU pekak masih lagi di tahap lama, tiada bahasa.  Namun begitu ada juga terdapat guru-guru yang benar-benar berusaha memanfaatkan bayaran insentif RM250.00 dengan mendidik anak-anak OKU pekak sehingga berjaya ke peringkat IPTA,click here
                      
Night rider bar

Tuesday, 4 December 2012

Transformasi Pendidikan Khas OKU


Transformasi Pendidikan, Pendidikan Khas
Selaras dengan perubahan dalam sistem pendidikan mahupun transformasi dalam kurikulum pendidikan, pendidikan untuk golongan OKU perlu selari dengan golongan anak-anak di arus perdana.  Sistem pendidikan khas di Malaysia seharusnya tidak lagi berada di takuk lama.  Kalau selama ini anak-anak OKU berada di tahap kelas ketiga disebabkan oleh ketidakmampuan mereka menguasai akademik, stigma ini pahan ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Kalau OKU pekak gagal dalam akademik disebabkan ketidakmampuan menguasai bahasa, mesti difikirkan cara untuk mengatasinya.  Kerajaan telah berbelanja jutaan ringgit bagi membiayai keperluan pemerolehan bahasa untuk anak OKU pekak. Guru-guru telah dihantar untuk menjalani latihan kemahiran pakar audiologi dan jurupulih pertuturan. Pusat-pusat perkhidmatan pendidikan khas yang lengkap dengan peralatan telah dibina; perjawatan guru pertuturan juga telah diwujudkan dan elaun insentif telahpun diberi kepada guru yang mengajar OKU.  Tapi majoriti anak-anak OKU pekak masih lagi di tahap lama, tiada bahasa.  Namun begitu ada juga terdapat guru-guru yang benar-benar berusaha memanfaatkan bayaran insentif RM250.00 dengan mendidik anak-anak OKU pekak sehingga berjaya ke peringkat IPTA,IPTS dan IPGM.  Tidak menghairankan kini telah ada OKU pekak jadi cikgu, jadi chef, jadi pelukis pelan, dan jadi pelukis grafik.  

KPM seharusnya meletakkan guru-guru yang telah dilatih dengan kepakaran audiologis dan jurupulih pertuturan ini di sekolah-sekolah dan program pendidikan khas pekak.  Kalau tidak kerajaan hanya membazirkan wang rakyat membiayai latihan kepada guru tapi tidak dapat digunakan kepakaran di tempat yang sesuai. Begitu juga dengan anak OKU penglihatan.  Sejarah telah membuktikan bahawa anak-anak OKU penglihatan boleh berjaya dengan cemerlang dalam pendidikan.

Kejayaan anak-anak OKU penglihatan memang terserlah.  Tidak hairan kalau di Malaysia OKU penglihatan boleh menjadi Professor, Penasihat Ekonomi kerajaan, menjadi peguam dan menjadi pendidik yang berjaya.  Malah ada OKU penglihatan menjadi pendidik mengajar anak-anak normal di arus perdana.  Hanya KPM belum berkeyakinan untuk memberikan jawatan di peringkat penggubal dasar pendidikan. Di Jabatan Pendidikan Khas, KPM pun masih belum berkeyakinan untuk memberi peluang OKU Penglihatan menjawat jawatan walaupun sebagai operator telefon.


Dibanding dengan negara-negara maju seperti Jepun, pengalaman berada di negara Jepun berbeza kalau Pensyarah universiti dan Kolej Peguruan ramai kalangan OKU penglihatan.  Amat menkjubkan bilamana seorang Professor Sains Anatomi di universiti, yang OKU penglihatan, berulang alik dari Yokohama ke Tokyo setiap hari dengan menaiki kereta api laju tanpa pembantu.  Terdapat juga OKU penglihatan yang berjawatan Doktor  menjadi Ketua Jabatan Sains di sebuah Universiti Pendidikan. Malah ramai yang bergelar Doktor yang mengendalikan pusat atau klinik terapi kesihatan sebagai juru urut dan juru refleksologi secara profesional.  Di Malaysia mungkin kita boleh berbangga dengan Allahyarham Professor Dr. Ismail Salleh seorang OKU penglihatan yang telah menempa kejayaan dalam hidup.


Sebenarnya OKU penglihatan kurang menghadapi masalah dalam sistem pendidikan formal bersama anak-anak normal di arus perdana.  Dengan adanya teknologi moden yang mudah di dapati sekarang OKU penglihatan tidak menghadapi masalah untuk menerima pendidikan formal.  Apa yang perlu adalah sedikit penyesuaian perlu dilakukan kepada kurikulum untuk anak-anak OKU penglihatan.  Perlu ada dalam sistem pendidikan untuk OKU penglihatan mata pelajaran seperti Pendidikan Transkripsi Braille, Pendidikan Seni Visual Suaian, Pendidikan Jasmani Suaian, Pendidikan Orientasi dan Mobiliti, Pendidikan Sains Suaian, Kemahiran Hidup Suaian dan Pendidikan Muzik.  Adalah lebih baik kalau Kemahiran Juru Urut, Juru Refleksologi dan Fisioterapi diwujudkan dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk diikuti oleh anak-anak OKU penglihatan.  Ilmu dan kepakaran ini amat memberi manfaat kepada OKU penglihatan. Mata-mata pelajaran ini masih belum lagi diberi perhatian sejak berkurun pendidikan OKU penglihatan berjalan di Malaysia. Kemungkinan dengan adanya transformasi pendidikan untuk golongan OKU penglihatan memberi ruang untuk melakukan perubahan yang lebih jitu dalam keperluan kurikulum yang sesuai. Kita tidak lagi dapat melihat OKU penglihatan mengemis di tempat-tempat awam, di kedai-kedai makan dan di gedung-gedung besar di bandar-bandar dengan menjual tisu.  Cukuplah mereka menjadi pemuzik jalanan, tetapi mereka mempunyai kemahiran yang sukar dikuasai oleh orang normal sendiri.


Mengimbau kembali sistem pendidikan OKU masalah pembelajaran merupakan sistem yang paling muda dilaksanakan di negara ini.  Selama ini pendidikan untuk golongan ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Badan-badan Bukan Kerajaan seperti KIWANIS, Persatuan Autisme, Persatuan Sindrom Down, Persatuan Kanak-kanak terencat akal dan lain-lain Ngos.  Walaupun telah berjalan hampir suku abad, pelaksanaannya masih kurang mantap. Malah konotasi bagi masalah pembelajaran itu sendiri masih kabur di kalangan semua pihak.  Adakah ia hendak diinterpretasi berdasarkan kecacatan yang dihadapi atau masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid itu?. Kalau di negara maju kita lihat ada kelas untuk anak OKU down sindrom, kelas untuk OKU autistik dan kelas untuk OKU terncat akal.  Kelas untuk golongan ini diasingkan mengikut kategori, tidak dilonggokkan dalam satu kelas sebagaimana di Malaysia.  Sindrom down, autisme, terencat akal dilambak dalam satu kelas.  Bayangkan bagaimana seorang cikgu pendidikan khas hendak  menangani satu kelas yang terdiri pelbagai kategori. Akhirnya cikgu tidak lagi mendidik  sebaliknya menjadi pengasuh dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.  Malah anak-anak autisme atau down sindrom yang berpotensi untuk belajar terpinggir.


Kurikulum OKU masalah pembelajaran di Malaysia cukup gah. Kalau murid sekolah rendah aliran perdana belajar lapan subjeks tapi anak OKU belajar berbelas mata pelajaran. Begitu lah hebatnya anak OKU masalah pembelajaran di Malaysia. Akhirnya anak-anak OKU ini tak tentu hala tujunya. Sukatan pelajaran untuk OKU bermasalah pembelajaran dibangunkan seolah-olah anak-anak ini tidak akan berlaku perkembangan dalam memperoleh ilmu.  Sebab itu kurikulum untuk golongan ini kerap dianggap tidak mempunyai kualiti dan standard.  Standard kandungan dan standard pembelajarannya sama sahaja untuk sekolah rendah dan menengah.  Kalau belajar mata pelajaran teknologi maklumat sampai ke tua tidak mempunyai peningkatan.  Cuba bayangkan seorang murid autistic atau sindrom down hanya belajar memegang tetikus dari umur 7 tahun hingga 19 tahun. Bagaimana anak-anak OKU bermasalah pembelajaran hendak berkembang dalam pembelajaran.  Di rumah pula mereka dah mampu menggunakan laman facebook.  Sebab itu, ramai dalam kalangan pendidik anak OKU bermasalah pembelajaran enggan menggunakan kurikulum pendidikan khas yang dibangunkan oleh pihak KPM sendiri, malah badan-badan NGOs yang menjalankan pendidikan golongan OKU sendiri tidak menggunakan Kurikulum yang dibangunkan oleh KPM.  Standardnya terlalu rendah dan langsung tidak memberikan apa-apa impak terhadap perkembangan pembelajaran. Kalau terdapat anak-anak OKU autistik yang berpotensi untuk mengikuti akademik, peluangnya dinyahkan dan dipaksa untuk mengikuti kurikulum Masalah Pembelajaran hingga ke tua.  Impaknya ibu bapa kepada anak-anak OKU masalah pembelajaran keciwa, kerana anak-anak mereka tidak memperoleh apa-apa setelah bertahun-tahun berada di sekolah atau program pendidikan khas kendalian KPM.


Apa perubahan atau tranformasi yang dilakukan oleh KPM untuk merealisasi kurikulum pendidikan khas supaya ia benar-benar memberikan munafaat kepada anak-anak OKU dan boleh diletakkan di persada dunia?  Bagi guru pendidikan khas yang kreatif dan berani, cuba melaksanakan aktiviti vokasonal kepada anak-anak OKU pembelajaran.  Sekurang-kurangnya ada impaknya kepada anak-anak OKU dengan berbekalkan kemahiran apabila keluar dari alam persekolahan.








Ihsan dari Google
Ihsan dari Google




Monday, 3 December 2012

PERABOT INOVATIF DARI FRIM


5 Julai 2012 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan mempamerkan salah satu daripada produk perabot inovatifnya, iaitu Modular Perabot Luaran, pada Spogagafa 2012 iaitu pameran dagang tahunan terbesar di dunia berkaitan produk taman yang akan diadakan di Cologne, Jerman, September nanti. Produk FRIM ini akan dibawa ke sana untuk dipamerkan oleh syarikat  Supreme Tropical Furniture Sdn Bhd (STFSB) yang membuat dan mengekspot pelbagai jenis perabot taman berasaskan kayu ke serata dunia termasuk UK, Eropah, USA dan Australia. click here



Friday, 30 November 2012

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

Seperti mana kanak-kanak normal, kanak-kanak khas juga punya hak untuk mendapatkan pendidikan sempurna dan sesuai dengan keupayaan mereka. Oleh itu sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-anak khas ini perlu mengambil kira ciri-ciri keistimewaan dan keperluan mereka bagi memberi pembelajaran yang bermakna bagi mereka. Sebagai seorang guru, kita perlu meneliti apakah model-model teoritikal atau pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pelajaran anak-anak ini. Sebelum kita memahami model-model teoritikal yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P, kita juga perlu terlebih dahulu memahami beberapa konsep asas dalam pengajaran kanak-kanak khas ini.

1. Strategi dan Pendekatan Pengajaran
Merujuk kepada bagaimana kita seorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakan dan mengakhiri pengajaran.

2. Kaedah Pengajaran
- Merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima pakai oleh banyak pihak.
- Perancangan ini termasuklah kawalan guru terhadap urutan perlakasanaan proses pengajaran yang akan dilaksanakan.

3. Strategi Pengajaran
- Merujuk kepada perancangan operasi pengajaran yang khusus yg digunapakai oleh guru.
- Merujuk kepada perancangan2 kecil untuk mencapai objektif pengajaran.

4. Tenik Pengajaran.
- Sistem / mekanisme penyampaian ilmu dan kemahiran.
- Prosedur2 khusus pada skala kecil.
- Satu strategi yang boleh mengandungi beberapa teknik.

MODEL TEORITIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS

Model Perubatan
- Kanak-kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan khas ke atas mereka.
- Ujian diagnosis ini perlu bagi memahami keadaan biologikal serta fizikal mereka. Dengan itu kita boleh melihat tahap keupayaan mereka.

Model Perkembangan
- Pengajaran dan pembelajaran perlu sesuai dengan perkembangan kanak - kanak khas. Kanak2 khas mempunyai tahap perkembangan yang sama dengan kanak2 normal namun ada kadar yang perlahan.
- Mereka juga mempunyai ketidakupayaan yang berbeza.
- Kaedah pengajaran yg dibina perlu mengambil kira tahap perkembangan intelektual, fizikal, sosial dan emosional kanak2 khas ini.

Model Behaviorisme
- Perlunya analisis tingkah laku sebelum pengajaran dijalankan.
- Guru bertanggungjawab untuk merubah persekitaran sebelum atau selepas tingkah laku bagi tujuan unutk mendapatkan tingkah laku sasaran.

Model Kognitif
- Fokus kepada keadaan internal pemikiran seseorang.
- Model ini mengambil pendekatan pengajaran secara latihan kognitif dan meta kognitif.

Model Humanistik
- Menitik beratkan soal perkembangan individu secara menyeluruh.
- Asas model ini ialah kepercayaan tentang kecenderungan setiap insan untuk mencapai jati diri masing2.
- Guru bertangungjawab membina kecenderungan pelajar untuk mengembangkan potensi mereka.
- Faktor peribadi dan sosial penting dalam menentukan perkembangan kanak2 ini secara menyeluruh

Saturday, 17 November 2012

DASAR ORANG KURANG UPAYA


Pengenalan

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. click here

MENGIKTIRAF PERANAN OKU


CABARAN paling besar golongan orang kurang upaya (OKU) di Malaysia pada hari ini adalah mendapat peluang pekerjaan. Faktor yang menghalang OKU di Malaysia mendapatkan pekerjaan termasuklah sikap negatif dan diskriminasi ekoran kurangnya kesedaran mengenai keupayaan golongan tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, masalah lain yang dihadapi golongan OKU di Malaysia adalah peluang yang terhad untuk mendapatkan latihan, maklumat dan perkhidmatan sokongan seperti alat sokong bantu serta khidmat panduan kerjaya.

''Masyarakat khususnya golongan majikan perlu merubah sikap dengan memberikan fokus kepada keupayaan golongan OKU dan bukannya kekurangan atau ketidakupayaan mereka. Bagi membantu warga OKU Malaysia memiliki pekerjaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat giat melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan majikan berhubung pekerjaan bagi golongan tersebut," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari Kurang Upaya 2010.

Antara langkah yang diambil untuk memastikan golongan OKU tidak ketinggalan adalah menetapkan semua kementerian dan agensi kerajaan supaya mencapai dasar satu peratus peluang pekerjaan kepada OKU dalam sektor awam. Pada masa sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan Job Coach bertujuan membantu suai padan pihak majikan dan OKU yang memerlukan pekerjaan. Job Coaching turut melibatkan latihan dan sokongan kepada pekerja OKU untuk membantu mereka menjalankan tugasan dan diterima oleh komuniti tempat kerja.

Tambah Shahrizat, satu lagi cabaran yang menjadi halangan kepada golongan OKU untuk mendapatkan pekerjaan adalah kekurangan bangunan dan pengangkutan awam yang mesra kepada golongan berkenaan. Terdapat pelbagai halangan fizikal kepada golongan OKU baik di dalam atau di luar sesebuah bangunan, di perhentian bas dan teksi. ''Keadaan tersebut menghalang OKU daripada menjalankan aktiviti harian dan berulang-alik ke tempat kerja. Semua masalah ini perlu ditangani secara serius jika kita benar-benar tidak mahu meminggirkan OKU dalam masyarakat dan arus pembangunan negara," jelasnya.

Bagi meningkatkan aksesibiliti golongan OKU di bangunan-bangunan, tambah beliau, Majlis Kebangsaan Bagi OKU menganjurkan seminar aksesibiliti kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) semua negeri dan menyediakan indeks rekaan sejagat untuk para arkitek. Antara tindakan yang dilaksanakan supaya sistem pengangkutan negara lebih mesra OKU termasuklah penyediaan garis panduan untuk pengangkutan bas mesra OKU serta penggunaan bas yang mesra OKU oleh Rapid KL mulai tahun depan.

Kata Shahrizat, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 10 peratus penduduk sesebuah negara adalah terdiri daripada OKU. Berdasarkan anggaran ini, Malaysia dianggap mempunyai 2.8 juta OKU. ''Bagaimanapun statistik pendaftaran OKU sehingga Ogos 2010 hanya mempunyai 313,685 OKU yang berdaftar dengan JKM. Ia nyata jauh lebih rendah daripada anggaran WHO. Ini bermakna masih ramai rakyat Malaysia yang kurang upaya dan belum berdaftar dengan JKM," jelasnya.

Tambah beliau, kempen pendaftaran OKU bertujuan membolehkan warga OKU Malaysia diambil kira dalam perancangan program dan perkhidmatan bagi pembangunan OKU. '' Kerajaan perlu mengetahui bilangan OKU sebenar, kategori tidak upaya mereka dan lokasi tempat tinggal mereka. Semua ini adalah penting dalam merancang program dan menyediakan kemudahan yang sesuai dan bertepatan dengan keperluan OKU.
''OKU yang berdaftar boleh menikmati pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan sektor swasta. Kemudahan yang boleh dinikmati oleh OKU berdaftar adalah bantuan alat tiruan dan alat sokong bantu, elaun pekerja cacat, dokumen perjalanan percuma, rawatan percuma di hospital kerajaan, pengecualian duti eksais untuk kenderaan nasional, pengecualian cukai jalan dan konsesi tambang pengangkutan awam," katanya.
Hari OKU mula disambut di Malaysia pada 1981 sebagai Sambutan Antarabangsa Orang Cacat. Ia disambut bersama negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lain. Pada 1992, PBB mengisytiharkan 3 Disember sebagai Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa. Mulai 3 Disember 1994, Malaysia mengadakan sambutan Hari OKU peringkat kebangsaan setiap tahun. Tema sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Kebangsaan 2010 adalah 1Malaysia: Aksesibiliti dan Pekerjaan Untuk OKU. Tema berkenaan selaras dengan komitmen kerajaan untuk melibatkan penyertaan semua golongan masyarakat termasuk OKU dalam pembangunan negara melalui aksesibiliti dan pekerjaan.

Melalui kemudahan pekerjaan, golongan OKU dapat menyumbang kepada ekonomi negara, tidak terpinggir dan ketinggalan dalam masyarakat. Ini merupakan kali pertama sambutan hari orang kurang upaya diadakan di luar Kuala Lumpur bagi membawa sambutan lebih dekat dengan rakyat. Melaka dipilih pada kali ini bersesuaian dengan sambutan Melaka Maju 2010. Infrastruktur dan prasarana terbaik yang disediakan di negeri Melaka perlu memberikan perhatian kepada golongan OKU. Sambutan Hari OKU mungkin akan diadakan di negeri-negeri lain pada tahun berikutnya.

Antara program dan aktiviti yang berlangsung sempena sambutan tersebut termasuklah pameran, persembahan warga OKU, penyampaian anugerah usahawan OKU dan pelajar OKU cemerlang, temuduga pekerjaan untuk OKU serta kempen pendaftaran OKU.

Sambutan Hari OKU Kebangsaan memberi makna yang besar kepada golongan OKU di Malaysia kerana ia membuat mereka berasa dihargai, dihormati dan meningkatkan kesedaran masyarakat supaya memberi lebih perhatian kepada isu-isu berkaitan golongan tersebut. Ia juga merupakan satu bentuk pengiktirafan kerajaan bahawa golongan OKU merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat. Diharapkan sambutan pada kali ini mencapai objektif.

Friday, 16 November 2012

PENCETUS SEMANGAT

Pengedar Sah Perodua yang mesra OKU pertama di Malaysia


Setiap  manusia pasti dahagakan kejayaan kerna kejayaan itu bagaikan penanda aras kepada kerja keras yang telah kita usahakan. Dalam mengejar sesuatu kejayaan, selain daripada usaha dan doa yang berterusan, salah satu lagi faktor yang kita tidak dapat menafikan adalah pencetus semangat. Pencetus semangat supaya kita akan berusaha dengan lebih gigih, untuk mencapai erti sebuah kejayaan. Dengan adanya pencetus semangat, sekurang-kurangnya apabila menemui kegagalan mahupun masalah di pertengah jalan, kehadirannya sedikit sebanyak akan membangkitkan semula semangat kita.

Janganlah kita kecil hati walaupun dilahirkan tidak sesempurna orang lain. Janganlah kita terasa kecil dengan kekurangan yang kita miliki kerana kekurangan itu ada kalanya adalah kelebihan pada diri kita yang mungkin kita sendiri tidak tahu akan kewujudannya. Begitulah yang telah dikecapi oleh salah seorang daripada warga OKU , Encik Ahmad Faresh Ahmad Zahid, yang tidak menjadikan kekurangan pada dirinya sebagai penghalang kepada mencapai kejayaan, sebaliknya semangat dalam dirinya telah membolehkan beliau membuka bilik pameran pengedar sah Perodua yang berkonsepkan mesra OKU yang pertama di negara kita, dikenali sebagai Faresh Motor (M) Sdn Bhd.

Pusat pameran tersebut secara tidak langsung mencerminkan kepada masyarakat bahawa golongan OKU bukanlah golongan yang hanya memerlukan simpati daripada masyarakat, sebaliknya apa yang mereka perlukan sama sahaja dengan golongan manusia biasa, iaitu peluang, peluang untuk memulakan kehidupan sendiri, peluang untuk membina perniagaan sendiri. Dalam pada itu, apa yang perlu diberi perhatian adalah peluang yang dihulurkan kepada mereka. Janganlah hanya kerana mereka tidak sesempurna, peluang mereka turut sama dinafikan.

Faresh Motor yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dtuk Seri Najib Tun Razak turut mendapat pujian daripada beliau. Dalam ucapan beliau, Datu Seri Najib telah mencadangkan agar syarikat-syarikat baik sektor awam mahupun swasta patut mencontohi usaha Perodua dalam membuka peluang kepada golongan OKU untuk memiliki perusahaan sendiri.

Dengan wujudnya peluang seumpama ini, diharap ia akan menjadi pencetus semangat kepada golongan-golongan OKU yang lain terutamanya belia-belia muda supaya suatu hari nanti, mereka akan muncul antara golongan OKU yang bukan sahaja mampu menyumbang kepada kemajuan diri, keluarga dan masyarakat malah kepada pembangunan negara.



Mereka adalah golongan yang memerlukan yang bukan menagih simpati tetapi ingin diberikan peluang supaya boleh menjalani hidup dengan rasa maruah tinggi. Oleh itu, kita harus menyediakan satu dasar kebajikan yang produktif untuk mereka memperoleh pelbagai peluang termasuk peluang berniaga," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120626/dn_04/Golongan-kurang-upaya-juga-mampu-beri-sumbangan--PM#ixzz2COafk2Kp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mereka adalah golongan yang memerlukan yang bukan menagih simpati tetapi ingin diberikan peluang supaya boleh menjalani hidup dengan rasa maruah tinggi. Oleh itu, kita harus menyediakan satu dasar kebajikan yang produktif untuk mereka memperoleh pelbagai peluang termasuk peluang berniaga," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120626/dn_04/Golongan-kurang-upaya-juga-mampu-beri-sumbangan--PM#ixzz2COafk2Kp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mereka adalah golongan yang memerlukan yang bukan menagih simpati tetapi ingin diberikan peluang supaya boleh menjalani hidup dengan rasa maruah tinggi. Oleh itu, kita harus menyediakan satu dasar kebajikan yang produktif untuk mereka memperoleh pelbagai peluang termasuk peluang berniaga," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120626/dn_04/Golongan-kurang-upaya-juga-mampu-beri-sumbangan--PM#ixzz2COafk2Kp
© Utusan Melayu (M) Bhd

MODUL KURSUS PEMBUAT PERABOT


Tempoh : 18 bulan
Pengambilan : Jan dan Julai setiap tahun
Modul Latihan
  • Lukisan teknikal asas
  • Teknologi perkayuan asas
  • Bahan perabot tidak berasaskan kayu
  • Operasi dan mesin kerja kayu
  • Perekat kayu
  • Teknik penyemburan
  • Kemasan perabot asas
  • Kaedah pemasangan
  • Mencanai alat
  • Perundangan industri
  • Kaedah pembungkusan
  • Kawalan kualiti
  • Lukisan teknikal lanjutan
  • Teknologi perkayuan lanjutan
  • Kawalan stok & inventori
  • Operasi dan mesin kerja kayu lanjutan
  • Pelapisan kayu
  • Projek Perabot
  • Kemasan perabot lanjutan
Modul tambahan
  • Pemasangan perancah
  • Pemasangan bingkai aluminium
  • Kad hijau CIDB
  • Kemas siapan lanjutan & asas aluminium (FITEC)
  • Keusahawan
Potensi bidang perniagaan / kerjaya
  • Kontraktor perabot
  • Pengusaha bengkel  perabot
  • Pekerja mahir, penyelia atau Operator perabot

Monday, 12 November 2012

PERKHIDMATAN INSTITUSI UNTUK OKU

Perkhidmatan Institusi PDF Print E-mail

Menyediakan perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluan pekerjaan kepada orang kurang upaya. Terdapat 11 buah institusi orang kurang upaya seperti di bawah:-

INSTITUSI
BILANGAN
Taman Sinar Harapan 7
Bengkel Terlindung 2
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi 1
Pusat Harian Bukit Tunku 1
JUMLAH 11

Taman Sinar Harapan (TSH)

i. Pengenalan TSH
Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya masalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan. Terdapat 7 buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi di Malaysia.
ii. Objektif
  • Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan.
  • Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.
  • Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.
  • Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya.
  • Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan-badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.


Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP)

i.  Pengenalan PLPP

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.
ii. Objektif
  • Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
  • Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.
  • Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya menjadi bertambah teruk.
  • Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang memerlukan.
  • Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.

Bengkel Terlindung (BT)
i.  Pengenalan BT
Bengkel Terlindung telah ditubuhkan mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung 1979. Bengkel terlindung ini dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya yang tidak berdaya saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Institusi berkenaan adalah seperti berikut:-
  • Bengkel Daya Klang
  • Bengkel Daya Sungai Petani
ii. Objektif
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya.
  • Mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran warga kurang upaya.
  • Memberi sumber pendapatan kepada warga kurang upaya.


Pusat Harian Bukit Tunku

i. Pengenalan
Pusat Harian ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 Jun 1989 oleh Y.B. Datuk Mustaffa bin Mohamad, Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia. Menerima kemasukan kes-kes pesakit jiwa yang telah menjalani rawatan perubatan di Hospital Permai di Johor Bahru, Hospital Bahgia di Tanjung Rambutan, Hospital Besar di Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan pemulihan yang disediakan di Pusat Harian Bukit Tunku supaya pesakit-pesakit ini dapat diserapkan lebih awal ke dalam masyarakat.
ii. Objektif
  • Untuk membantu mengembalikan keupayaan atau kebolehan yang boleh menolong mereka untuk hidup lebih bebas di dalam masyakat.
  • Untuk menyedari keupayaan dan kebolehan seseorang pesakit jiwa dan memupuk keupayaan atau kebolehan tersebut.
  • Untuk mempertingkatkan tanggungjawab pesakit jiwa terhadap dirinya dan juga terhadap orang lain.
  • Untuk membimbing pesakit jiwa mengenai penyesuaian dalam kehidupan harian mereka.

Wednesday, 7 November 2012

MUTIARA KATA




"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

PELUANG PENDIDIKAN

WISDEC Dan Bentuk Latihan Yang Ditawarkan

layari laman web:
http://wisdec.mtib.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1901&showall=&limitstart=2

Diploma Teknologi berasaskan kayu

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada asas dalam aspek teori dan praktikal bagi membolehkan mereka mengendalikan dan mengawal mesin yang terdapat dalam industri perkayuan dan menghasilkan sesuatu yang baru berdasarkan bahan asas perkayuan.
Di samping itu dititikberatkan juga kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya aktiviti perhutanan dengan alam sekitar. Pelajar akan mengikuti kuliah, tugasan rekabentuk dan projek pembuatan, kerja makmal dan latihan industri.
Kursus ini menawarkan modul rekabentuk binaan kayu, teknologi pengeluaran, pemasaran perdagangan kayu dan pengkosan.
Peluang kerjaya bagi lulusan kursus ini adalah luas dan mereka berpeluang menceburi dalam industri perkayuan, komposit kayu dan pembuatan perabot sebagai penyelia atau pembantu teknik sama ada di sektor awam ataupun swasta. Lulusan diploma ini juga boleh melanjutkan pelajaran mereka di universiti tempatan ataupun di luar negeri.

Sunday, 14 October 2012

INFO SEMASA

MERDEKA 55 TAHUN: JANJI DITEPATI

Pencapaian Malaysia : Pembuat



Industri pembuatan Malaysia mula berkembang pesat sejak awal 1980an bila negara meny
Peralihan besar ini bertolak dari kesedaran bahawa negara perlu mengurangkan 
menjamin kejayaan ekonomi negara. Hari ini, industri pembuatan adalah industri yang paling 
pantas berkembang dan merupakan sektor pemangkin terpenting dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Teras Pertama dalamRancangan Malaysia Ke-9 menyatakan hasrat Kerajaan untuk memberi 
tumpuan secara berterusan terhadap beberapa bidang tertentu termasuk industri pembuatan.
  • Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Beberapa agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri pembuatan, ke arah memperkembang dan memperkasakan lagi industri yang sedia ada.
  • Peluang Pelaburan
Usahawan dan pelabur boleh meninjau peluang perniagaan dan pelaburan dalam industri pembuatan melalui badan pembangunan ekonomi Kerajaan-kerajaan negeri, agensi Kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan pertubuhan-pertubuhan lain yang berkaitan.
  • Insentif Kepada Pelabur
Bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan, Kerajaan menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif bagi sektor swasta.  Pada masa yang sama, Kerajaan menawarkan pakej insentif menarik bagi menarik pelabur asing dan tempatan supaya melabur di negara ini.
  • Pembiayaan
Kerajaan menyediakan bantuan kepada usahawan yang ingin menceburi industri pembuatan dengan menawarkan pelbagai bentuk pembiayaan seperti geran dan kemudahan pinjaman.
  • Khidmat nasihat dan perundingan
Untuk membantu pengusaha menambah nilai serta meningkatkan tahap dan mutu pengeluaran, Kerajaan menyediakan khidmat sokongan teknikal, perundingan pengurusan dan khidmat nasihat pakar bagi setiap sektor pembuatan.
  • Perundangan Dan Polisi
Di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975, sesiapa yang ingin menjalankan aktiviti pembuatan di Malaysia dengan dana pemegang saham sekurang-kurangnya RM2.5 juta, atau yang menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masa perlu mendapatkan lesen pengilang daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Pengilang berlesen sedia ada yang ingin mempelbagaikan pembuatan barangan atau mengembangkan kapasiti pengeluaran juga perlu memaklumkan perkembangan ini kepada MIDA.

Pembuatan perabot berasaskan kayu dikawal oleh Akta Industri Berasaskan Kayu (Kekuasaan Badan Perundangan Negeri) 1984 yang berkuatkuasa di negeri-negeri yang menerima pakai Akta Perhutanan Negara 1984 dalam Perlembagaan Negeri terbabit.
  • Lesen dan permit
Untuk menjalankan aktiviti dalam industri pembuatan, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, pembuatan barang-barang tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis bahan-bahan yang dikendalikan.
  • Pensijilan
Salah satu langkah untuk mengembangkan perniagaan ialah mempertingkatkan kualiti produk. Pengilang boleh mendapatkan pensijilan untuk menjamin kualiti dan menambahkan nilai produk.