Inovasi baru ini merupakan pengenalan kepada produk-produk berkaitan dengan pembuatan perabot. Ruang ini menyediakan koleksi produk ataupun info yang baru berkaitan dengan pembuatan perabot daripada organanisasi luar.
Walaubagaimanapun, sesebuah rekacipta dan inovasi itu tidak semestinya satu proses atau produk yang mahal dan hanya bergantung kepada golongan profesional untuk membuatnya. Persepsi ini perlu diubah supaya masyarakat sedar bahawa rekacipta dan inovasi ini boleh dihasilkan oleh semua golongan masyarakat tidak kira peringkat umur dan pelbagai latar belakang. Berikut merupakan senarai link mengenai perkembangan inovasi bari mengenai industri pembuatan perabot:
1.INDUSTRI KRAFTANGAN
2.SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
3.UPM PERKENAL INOVASI RATAKAN BATANG BULUH
4.PENCAPAIAN MALAYSIA: PEMBUATAN
Hasil perabot yang dihasilkan |
TRANSFORMASI PENDIDIKAN KHAS OKU
Transformasi Pendidikan Khas
Selaras dengan perubahan dalam sistem pendidikan maupun transformasi dalam kurikulum pendidikan, pendidikan untuk golongan OKU perlu selari dengan golongan anak-anak di arus perdana. Sistem pendidikan khas di Malaysia seharusnya tidak lagi berada di takuk lama. Kalau selama ini anak-anak OKU berada di tahap kelas ketiga disebabkan oleh ketidakmampuan mereka menguasai akademik, stigma ini pahan ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Kalau OKU pekak gagal dalam akademik disebabkan ketidakmampuan menguasai bahasa, mesti difikirkan cara untuk mengatasinya. Kerajaan telah berbelanja jutaan ringgit bagi membiayai keperluan pemerolehan bahasa untuk anak OKU pekak. Guru-guru telah dihantar untuk menjalani latihan kemahiran pakar audiologi dan jurupulih pertuturan. Pusat-pusat perkhidmatan pendidikan khas yang lengkap dengan peralatan telah dibina; perjawatan guru pertuturan juga telah diwujudkan dan elaun insentif telahpun diberi kepada guru yang mengajar OKU. Tapi majoriti anak-anak OKU pekak masih lagi di tahap lama, tiada bahasa. Namun begitu ada juga terdapat guru-guru yang benar-benar berusaha memanfaatkan bayaran insentif RM250.00 dengan mendidik anak-anak OKU pekak sehingga berjaya ke peringkat IPTA,click here
PRODUK KAYU TEMPATAN
Menurut
Malaysian Timber Industry Board (M11B) di dalam kertas bertajuk //Specifying
Timber for Building Constructions/ kayu-kayan ternpatan dikelas kepada 4
kumpulan utama iaitu;
(a) Kumpulan kayu keras yang berat (HHW -Heavy Hardwood)Jenis
kayu adalah cengal, balau/selayan barn, kekatong, merbau, tembesu dan resak.
(b)
Kumpulan kayu keras yang sederhana berat (MHW - Medium Hardwood) Jenis kayu
adalah kapur, kempas, keruing dan tualang.
(c) Kumpulan kayu keras yang ringan
(LHW - Light Hardwood)Jenis kayu adalah jelutung, meranti, nyatuh, ramin,
sepetir dan kayu getah
( d) Kumpulan kayu yang lembut (SW - Softwood)Jenis kayu
adalah damar minyak, geronggang, jelutong, petai, sesendok, terap
dan terentang.
Boleh dikatakan semua kayu di negara ini
sesuai untuk digunakan membuat perabot. Tetapi ianya bergantung kepada sturktur
kayu tersebut. Bagi kategori kayu keras dan berat, kesemua jenis bolehdigunakan
untuk membuat perabot. Sebagai contohnya ialah merbau dan tembesu boleh dibuat
kerjahiasan, parket dan perabot. Bagi kategori kayu keras dan sederhana berat,
hanya kayu tualang sahajasesuai untuk dibuat perabot. Seterusnya semua jenis
kayu keras dan ringan sesuai dibuat perabot.Kayu-kayu itu ialah nyatuh,
meranti, ramin, sepetir dan kayu getah. Begitu juga dengan kayu lembutiaitu
damar minyak, jelutung, geronggang, petai dan pulai adalah sesuai untuk
perabot.
No comments:
Post a Comment