Perkhidmatan Institusi |
Menyediakan
perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluan pekerjaan kepada
orang kurang upaya. Terdapat 11 buah institusi orang kurang upaya
seperti di bawah:-
INSTITUSIBILANGAN Taman Sinar Harapan 7 Bengkel Terlindung 2 Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi 1 Pusat Harian Bukit Tunku 1 JUMLAH 11
Taman Sinar Harapan (TSH)
i. Pengenalan TSH
Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya masalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan. Terdapat 7 buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi di Malaysia.
ii. Objektif
- Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan.
- Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.
- Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.
- Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya.
- Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan-badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP)
i. Pengenalan PLPP
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.
ii. Objektif
- Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
- Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.
- Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya menjadi bertambah teruk.
- Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang memerlukan.
- Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.
Bengkel Terlindung (BT)
i. Pengenalan BT
Bengkel Terlindung telah ditubuhkan mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung 1979. Bengkel terlindung ini dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya yang tidak berdaya saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Institusi berkenaan adalah seperti berikut:-
- Bengkel Daya Klang
- Bengkel Daya Sungai Petani
ii. Objektif
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya.
- Mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran warga kurang upaya.
- Memberi sumber pendapatan kepada warga kurang upaya.
Pusat Harian Bukit Tunku
i. Pengenalan
Pusat Harian ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 Jun 1989 oleh Y.B. Datuk Mustaffa bin Mohamad, Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia. Menerima kemasukan kes-kes pesakit jiwa yang telah menjalani rawatan perubatan di Hospital Permai di Johor Bahru, Hospital Bahgia di Tanjung Rambutan, Hospital Besar di Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan pemulihan yang disediakan di Pusat Harian Bukit Tunku supaya pesakit-pesakit ini dapat diserapkan lebih awal ke dalam masyarakat.
ii. Objektif
- Untuk membantu mengembalikan keupayaan atau kebolehan yang boleh menolong mereka untuk hidup lebih bebas di dalam masyakat.
- Untuk menyedari keupayaan dan kebolehan seseorang pesakit jiwa dan memupuk keupayaan atau kebolehan tersebut.
- Untuk mempertingkatkan tanggungjawab pesakit jiwa terhadap dirinya dan juga terhadap orang lain.
- Untuk membimbing pesakit jiwa mengenai penyesuaian dalam kehidupan harian mereka.
No comments:
Post a Comment