INFO SEMASA BERKAITAN INDUSTRI PEMBUAT PERABOT
Industri Kraftangan Hutan amat penting dalam persekitaran kehidupan manusia. Kewujudan Malaysia di kawasan hutan hujan tropika, iaitu hutan yang paling tua di dunia dan kaya dengan pelbagai spesies telah menyumbangkan banyak hasil hutan. click here
FRIM MENAWARKAN PRODUK BARU
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan mempamerkan salah satu daripada produk perabot inovatifnya, iaitu Modular Perabot Luaran, pada Spogagafa 2012 iaitu pameran dagang tahunan terbesar di dunia berkaitan produk taman yang akan diadakan di Cologne, Jerman, September nanti. Produk FRIM ini akan dibawa ke sana untuk dipamerkan oleh syarikat Supreme Tropical Furniture Sdn Bhd (STFSB) yang membuat dan mengekspot pelbagai jenis perabot taman berasaskan kayu ke serata dunia termasuk UK, Eropah, USA dan Australia.
Majlis menandatangani perjanjian opsyen di antara FRIM dan STFSB yang membenarkan syarikat berkenaan untuk mengkaji penerimaan pasaran produk tersebut selama setahun telah diadakan pada 4 Julai 2012 di tapak pameran FRIM di Pesta Bunga dan Taman Floria Putrajaya 2012, Putrajaya.
Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, telah menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan (MFRDB), sementara STFSB pula diwakili Pengarahnya, Choo Ghee Kien.
Menurut Abd Latif, rekabentuk Perabot Taman Modular ini dilindungi oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah kategori Rekabentuk Perindustrian. FRIM telah diberi pengiktirafan hakmilik Rekabentuk Perindustrian ini pada Julai 2010. Perabot inovatif tersebut direka oleh sekumpulan penyelidik FRIM yang dipertanggungjawabkan untuk membangun serta mempromosikan kayu bakau sebagai bahan mentah pembuatan perabot.
Oleh kerana ketumpatan kayunya yang tinggi, perabot dibuat daripada kayu bakau boleh menjadi tersangat berat, terutamanya apabila saiz perabot tersebut besar seperti bangku tiga tempat duduk. Untuk mengatasi masalah ini, saintis-saintis berkenaan telah memperkenalkan konsep modular dalam rekabentuk yang membolehkan beberapa kerusi bujang digabung menjadi bangku dua atau tiga tempat duduk. Setiap kerusi bujang ini mempunyai berat sesuai untuk diangkat oleh satu orang. Inovasi ini telah memenangi Pingat Emas pada pameran ITEX‘12 baru lalu yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Choo yang telah menyertai Spogagafa sejak 2009 berkata beliau mula meminati Perabot Taman Modular setelah melihat produk tersebut di Pameran Industri Perabot Antarabangsa (MIFF) pada Mac 2011. Beliau percaya produk tersebut mampu mendapat pasaran memandangkan konsep modular yang semakin popular dan bercadang untuk menggunakan beberapa spesis kayu tempatan untuk membuat produk tersebut dengan teknologi kemasiapan canggih terkini.
Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian opsyen adalah Pengarah Bahagian Komersialisasi dan Inovasi FRIM, Mohd Zamshari Abd Rahman; Pengurus Operasi STFSB, Chong Shee Kon, dan pereka Perabot Taman Modular, Nik Adlin Nik Mohamed Sukri dan Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin
Perabot Taman Modular dan produk-produk FRIM lain sedang dipamerkan di Putrajaya Floria 2012 dari 30 Jun hingga 8 Julai 2012. Pameran taman FRIM yang bertema, “Dari Hutan ke Taman” yang telah berjaya merangkul Anugerah Khas Juri Floria, telah direka untuk memberikan penghormatan kepada hutan sebagai sumber kehidupan yang penting.
DASAR ORANG KURANG UPAYA
Pengenalan
Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.
Definisi
OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.
Pernyataan Dasar
Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.
Objektif Dasar
Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:
1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
2. Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah undang-undang negara.
3. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya dan.
4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.
Strategi
Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut:
1. Advokasi
- Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan.
2. Aksesibiliti
- Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam.
- Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU dan
- Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
3. Kesihatan
- Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care) dan
- Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU (secondary and tertiary care)
4. Pemulihan
- Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia ada bagi OKU.
- Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras dengan perkembangan semasa.
5. Pendidikan
- Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat.
6. Pekerjaan
- Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan.
- Menggalakkan OKU bekerja sendiri (self-employed) dan berdikari.
7. Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial
- Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan.
- Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak dan berkeperluan.
8. Perkhidmatan Sokongan
- Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
- Menggalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU yang mampu milik.
9. Sosial
- Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial.
10. Pembangunan Sumber Manusia
(i) Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU.
(ii) Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OK.
(iii) Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat keputusan.
11. Penglibatan Masyarakat
(i) Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU.
(ii) Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin.
(iii) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat.
12. Penyelidikan dan Pembangunan
(i) Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.
(ii) Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program OKU.
13. Perumahan
(i) Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan persekitaran.
(ii) Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah.
14. Kanak-kanak OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.
15. Wanita OKU
Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.
KAYU LUAR NEGARA
Sungguhpun sukar didapati di pasaran tempatan namun kayu luar negara turut diminati. Biasanya, ia menjadi pilihan golongan kaya kerana harganya mahal selain reka bentuknya yang hanya sesuai untuk sesetengah kediaman. Kebanyakannya ialah kayu keras daripada pokok berdaun lebar da mudah luruh. Biarppun agak susah dibentuk berbanding kayu lembut, namun ia istimewa kerana isipadu kayunya lebih berat serta mampat, lebih mahal dan tahan lama. Ada lebih daripada 100 jenis kayu keras namun hanya sebilangan saja yang dibuat perabot. Antara paling diminati ialah:
SENTANG
Dianggap kayu keras paling ulung kerana berciri stabil dan sangat elok dijadikan kemasan perabot. Berwarna coklat kemerahan mewah, keistimewaan utama kayu ini terletak kepada ciri tahan lam namun lembut dan mudah dibentuk. Mahogani keluaran Amerika dan Afrika Selatan didakwa paling bermutu. Lazimnya, ia diguna untuk membuat rangka penyambungan, perabot mewah, panel dan pintu.
JATI
Sifatnya yang tahan lama, menjadikannya ia sebagai bahan asas utama pembikinan kapal, perabot, rangka penyambungan, pane dan venier. Malangnya, ia dikatakan sukar dibentuk, berminyak dan perlu diperkemas menggunakan minyak khas. Banyak ditemui di burma dan Asia Tenggara. Ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu coklat gelap dan kemasan.
WALNUT
Bermutu tinggi, senang dibentuk dan diperakui sebagai bahan kemasan bernilai. Ia berguna untuk membuat perabot, panel berukir dan venier. Berat kayunya dari ringan ke sederhana ia menampilkan warna yang pelbagai iaitu colat kekelabuan dan coklat ungu. Ia tumbuh meluas di Utara, Tengah dan Selatan Amerika Syarikat, Eropah dan Barat Daya Asia.
OAK
Dahulunya menjadi asas binaan rumah kediaman dan kapal dagang Britain. Seiring perkembangan masa, kegunaannya mula dipelbagaikan dan kini ia menjadi pilihan utama untuk membuat perabot, rangka penyambungan panel, lantai, pintu dan pagar. Sungguhpun, sangat tahan lasak dan ampuh namun ia berat dan sukar dibentuk. Oak hidup subur di serata Eropah, Jepun dan Amerika serta ditemui dalam pelbagai warna daripada kuning pucat hingga ke kuning kemerahan.
ROSEWOOD
Antara kayu yang berbau wangi, berwarna gelap dan meniliki ira halus, cantik dan mewah serta semakin berseri apabila digilap. Begitu pun, ia sukar dibentuk. Ia menjadi eksport utama Amerika Selatan dan Barat, Tengah serta Selatan India. Rosewood paling dinimati kerana menawarkan permukaan kayu mirip jubin. Jenis yang sering digunakan membuat perabot ialah Mexican rosewood dan tigerwood. Berwatna coklat kekuningan, kayu ini bagaimanapun tidak begitu mendapat perhatian kerana permukaan kasar dan mudah merekah.
Perlukan penjagaan rapi kerana kayu sebenarnya berubah mengikut perbezaan cuaca.
Sinaran matahari
Kesan cahaya matahari boleh menjejaskan kayu dan kemasannya. Sinaran ultra boleh menusnahkan keindahan kayu dalam masa beberapa minggu hingga ke bulan. Sinaran ini juga dapat menembusi lemasan panyudah struktur molekul kayu itu sendiri. Dalam hal ini, warnanya akan berubah dengan pantas. Kemasan meratak atau garisan iranya berpisah seperti corak kulit buaya. Jadi, jauhkan perabot ini dari sinaran mataharidan cara terbaik melindunginya ialah dengan memasang bidai atau melengkapi tingkap dengan perlindungan sinaran ultra ungu.
Suhu dan kelembapan
Kedua-dua faktor ini memberi kesan buruk kepada perabot. Sama ada berkemasan atau tidak, kayu akan menyerap apa saja yang ada di persekitarannya. Keadaan kering pula akan menyebabkan kayu ini mengecut kerana kekurangan lembapan. Sebaliknya, jikaterlebih lembapan, kayu itu akan membengkak, retak dan merekah akibat tekanan. Justeru, anda dinasihatkantidak sesekali menempatkan barangan palstik atau getah di atas meja keana ia boleh menyebabkan plasticizer migration (pertembungan dua permukaan yang boleh menyebabkan kerosakan salah satu permukaan) yang merubah struktur kayu.
Slauran kitaran udara tidak sepatutnya dihadang sebarang perabot. Ini kerana haba dan hawa dingin akan mewujudkan satu suhu yang kurang sesuai bagi perabot. Letakkan perabot di tempat yang mudah dilihat tetapi selamat daripada sinaran matahari serta suhu melampau. Pada musin hujan, berhati-hati membuka tingkap supaya air hujan tidak menimpa perabot.
Produk kecantikan
Berhati-hatiketika menggunakan bahan pelarut seperti alkohol, penanggal pengilat kuku, minyak wangi/ kolon dan sebarangkimia beracun ketika berdekatan perabot. Ini kerana cecair yang tumpah boleh membuatkan permukaan perabot mengelupas dan melunturkan cat serta kemasannya.
Bahan pencuci
Anda disarankan menggunakan minyak lemon. Sebelum itu, buang habuk pada perabot kemudian cuci sebelum menggilapnya.
No comments:
Post a Comment