Boleh dikatakan semua kayu di negara ini sesuai untuk digunakan membuat perabot. Tetapi ianya bergantung kepada sturktur kayu tersebut. click here
Thursday, 20 December 2012
Produk Kayu Tempatan
Menurut Malaysian Timber Industry Board (M11B) di dalam kertas bertajuk //Specifying Timber for
Building Constructions/ kayu-kayan ternpatan dikelas kepada 4 kumpulan utama iaitu; click here
Inovasi Baru
Inovasi baru ini merupakan pengenalan kepada produk-produk berkaitan dengan pembuatan perabot. Ruang ini menyediakan koleksi produk ataupun info yang baru berkaitan dengan pembuatan perabot daripada organanisasi luar. click here
Dasar Orang Kurang Upaya
Pengenalan
Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. click here
PERABOT:
Sejarah Penubuhan SMVBP
Sekolah ini dibina pada awal tahun 1984 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat melalui pakej pertama pinjaman berjumlah RM 30 juta dari Asian Development Bank. Organisasi pentadbiran sekolah bermula pada 1 Januari 1986 dengan kehadiran 21 orang guru di bawah pimpinanTn Hj Md Dom Bin Mohd Yunus yang memangku jawatan Pengetua hingga 1987. click here
Saturday, 15 December 2012
Hasil kerja pelajar Pendidikan Khas |
Transformasi Pendidikan Khas OKU
Transformasi Pendidikan, Pendidikan Khas
Selaras dengan perubahan dalam sistem pendidikan maupun transformasi dalam kurikulum pendidikan, pendidikan untuk golongan OKU perlu selari dengan golongan anak-anak di arus perdana. Sistem pendidikan khas di Malaysia seharusnya tidak lagi berada di takuk lama. Kalau selama ini anak-anak OKU berada di tahap kelas ketiga disebabkan oleh ketidakmampuan mereka menguasai akademik, stigma ini pahan ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Kalau OKU pekak gagal dalam akademik disebabkan ketidakmampuan menguasai bahasa, mesti difikirkan cara untuk mengatasinya. Kerajaan telah berbelanja jutaan ringgit bagi membiayai keperluan pemerolehan bahasa untuk anak OKU pekak. Guru-guru telah dihantar untuk menjalani latihan kemahiran pakar audiologi dan jurupulih pertuturan. Pusat-pusat perkhidmatan pendidikan khas yang lengkap dengan peralatan telah dibina; perjawatan guru pertuturan juga telah diwujudkan dan elaun insentif telahpun diberi kepada guru yang mengajar OKU. Tapi majoriti anak-anak OKU pekak masih lagi di tahap lama, tiada bahasa. Namun begitu ada juga terdapat guru-guru yang benar-benar berusaha memanfaatkan bayaran insentif RM250.00 dengan mendidik anak-anak OKU pekak sehingga berjaya ke peringkat IPTA,click here
Tuesday, 4 December 2012
Transformasi Pendidikan Khas OKU
Transformasi Pendidikan, Pendidikan Khas
Selaras dengan perubahan dalam sistem pendidikan mahupun transformasi dalam kurikulum pendidikan, pendidikan untuk golongan OKU perlu selari dengan golongan anak-anak di arus perdana. Sistem pendidikan khas di Malaysia seharusnya tidak lagi berada di takuk lama. Kalau selama ini anak-anak OKU berada di tahap kelas ketiga disebabkan oleh ketidakmampuan mereka menguasai akademik, stigma ini pahan ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Kalau OKU pekak gagal dalam akademik disebabkan ketidakmampuan menguasai bahasa, mesti difikirkan cara untuk mengatasinya. Kerajaan telah berbelanja jutaan ringgit bagi membiayai keperluan pemerolehan bahasa untuk anak OKU pekak. Guru-guru telah dihantar untuk menjalani latihan kemahiran pakar audiologi dan jurupulih pertuturan. Pusat-pusat perkhidmatan pendidikan khas yang lengkap dengan peralatan telah dibina; perjawatan guru pertuturan juga telah diwujudkan dan elaun insentif telahpun diberi kepada guru yang mengajar OKU. Tapi majoriti anak-anak OKU pekak masih lagi di tahap lama, tiada bahasa. Namun begitu ada juga terdapat guru-guru yang benar-benar berusaha memanfaatkan bayaran insentif RM250.00 dengan mendidik anak-anak OKU pekak sehingga berjaya ke peringkat IPTA,IPTS dan IPGM. Tidak menghairankan kini telah ada OKU pekak jadi cikgu, jadi chef, jadi pelukis pelan, dan jadi pelukis grafik.
KPM seharusnya meletakkan guru-guru yang telah dilatih dengan kepakaran audiologis dan jurupulih pertuturan ini di sekolah-sekolah dan program pendidikan khas pekak. Kalau tidak kerajaan hanya membazirkan wang rakyat membiayai latihan kepada guru tapi tidak dapat digunakan kepakaran di tempat yang sesuai. Begitu juga dengan anak OKU penglihatan. Sejarah telah membuktikan bahawa anak-anak OKU penglihatan boleh berjaya dengan cemerlang dalam pendidikan.
Kejayaan anak-anak OKU penglihatan memang terserlah. Tidak hairan kalau di Malaysia OKU penglihatan boleh menjadi Professor, Penasihat Ekonomi kerajaan, menjadi peguam dan menjadi pendidik yang berjaya. Malah ada OKU penglihatan menjadi pendidik mengajar anak-anak normal di arus perdana. Hanya KPM belum berkeyakinan untuk memberikan jawatan di peringkat penggubal dasar pendidikan. Di Jabatan Pendidikan Khas, KPM pun masih belum berkeyakinan untuk memberi peluang OKU Penglihatan menjawat jawatan walaupun sebagai operator telefon.
Dibanding dengan negara-negara maju seperti Jepun, pengalaman berada di negara Jepun berbeza kalau Pensyarah universiti dan Kolej Peguruan ramai kalangan OKU penglihatan. Amat menkjubkan bilamana seorang Professor Sains Anatomi di universiti, yang OKU penglihatan, berulang alik dari Yokohama ke Tokyo setiap hari dengan menaiki kereta api laju tanpa pembantu. Terdapat juga OKU penglihatan yang berjawatan Doktor menjadi Ketua Jabatan Sains di sebuah Universiti Pendidikan. Malah ramai yang bergelar Doktor yang mengendalikan pusat atau klinik terapi kesihatan sebagai juru urut dan juru refleksologi secara profesional. Di Malaysia mungkin kita boleh berbangga dengan Allahyarham Professor Dr. Ismail Salleh seorang OKU penglihatan yang telah menempa kejayaan dalam hidup.
Sebenarnya OKU penglihatan kurang menghadapi masalah dalam sistem pendidikan formal bersama anak-anak normal di arus perdana. Dengan adanya teknologi moden yang mudah di dapati sekarang OKU penglihatan tidak menghadapi masalah untuk menerima pendidikan formal. Apa yang perlu adalah sedikit penyesuaian perlu dilakukan kepada kurikulum untuk anak-anak OKU penglihatan. Perlu ada dalam sistem pendidikan untuk OKU penglihatan mata pelajaran seperti Pendidikan Transkripsi Braille, Pendidikan Seni Visual Suaian, Pendidikan Jasmani Suaian, Pendidikan Orientasi dan Mobiliti, Pendidikan Sains Suaian, Kemahiran Hidup Suaian dan Pendidikan Muzik. Adalah lebih baik kalau Kemahiran Juru Urut, Juru Refleksologi dan Fisioterapi diwujudkan dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk diikuti oleh anak-anak OKU penglihatan. Ilmu dan kepakaran ini amat memberi manfaat kepada OKU penglihatan. Mata-mata pelajaran ini masih belum lagi diberi perhatian sejak berkurun pendidikan OKU penglihatan berjalan di Malaysia. Kemungkinan dengan adanya transformasi pendidikan untuk golongan OKU penglihatan memberi ruang untuk melakukan perubahan yang lebih jitu dalam keperluan kurikulum yang sesuai. Kita tidak lagi dapat melihat OKU penglihatan mengemis di tempat-tempat awam, di kedai-kedai makan dan di gedung-gedung besar di bandar-bandar dengan menjual tisu. Cukuplah mereka menjadi pemuzik jalanan, tetapi mereka mempunyai kemahiran yang sukar dikuasai oleh orang normal sendiri.
Mengimbau kembali sistem pendidikan OKU masalah pembelajaran merupakan sistem yang paling muda dilaksanakan di negara ini. Selama ini pendidikan untuk golongan ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Badan-badan Bukan Kerajaan seperti KIWANIS, Persatuan Autisme, Persatuan Sindrom Down, Persatuan Kanak-kanak terencat akal dan lain-lain Ngos. Walaupun telah berjalan hampir suku abad, pelaksanaannya masih kurang mantap. Malah konotasi bagi masalah pembelajaran itu sendiri masih kabur di kalangan semua pihak. Adakah ia hendak diinterpretasi berdasarkan kecacatan yang dihadapi atau masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid itu?. Kalau di negara maju kita lihat ada kelas untuk anak OKU down sindrom, kelas untuk OKU autistik dan kelas untuk OKU terncat akal. Kelas untuk golongan ini diasingkan mengikut kategori, tidak dilonggokkan dalam satu kelas sebagaimana di Malaysia. Sindrom down, autisme, terencat akal dilambak dalam satu kelas. Bayangkan bagaimana seorang cikgu pendidikan khas hendak menangani satu kelas yang terdiri pelbagai kategori. Akhirnya cikgu tidak lagi mendidik sebaliknya menjadi pengasuh dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Malah anak-anak autisme atau down sindrom yang berpotensi untuk belajar terpinggir.
Kurikulum OKU masalah pembelajaran di Malaysia cukup gah. Kalau murid sekolah rendah aliran perdana belajar lapan subjeks tapi anak OKU belajar berbelas mata pelajaran. Begitu lah hebatnya anak OKU masalah pembelajaran di Malaysia. Akhirnya anak-anak OKU ini tak tentu hala tujunya. Sukatan pelajaran untuk OKU bermasalah pembelajaran dibangunkan seolah-olah anak-anak ini tidak akan berlaku perkembangan dalam memperoleh ilmu. Sebab itu kurikulum untuk golongan ini kerap dianggap tidak mempunyai kualiti dan standard. Standard kandungan dan standard pembelajarannya sama sahaja untuk sekolah rendah dan menengah. Kalau belajar mata pelajaran teknologi maklumat sampai ke tua tidak mempunyai peningkatan. Cuba bayangkan seorang murid autistic atau sindrom down hanya belajar memegang tetikus dari umur 7 tahun hingga 19 tahun. Bagaimana anak-anak OKU bermasalah pembelajaran hendak berkembang dalam pembelajaran. Di rumah pula mereka dah mampu menggunakan laman facebook. Sebab itu, ramai dalam kalangan pendidik anak OKU bermasalah pembelajaran enggan menggunakan kurikulum pendidikan khas yang dibangunkan oleh pihak KPM sendiri, malah badan-badan NGOs yang menjalankan pendidikan golongan OKU sendiri tidak menggunakan Kurikulum yang dibangunkan oleh KPM. Standardnya terlalu rendah dan langsung tidak memberikan apa-apa impak terhadap perkembangan pembelajaran. Kalau terdapat anak-anak OKU autistik yang berpotensi untuk mengikuti akademik, peluangnya dinyahkan dan dipaksa untuk mengikuti kurikulum Masalah Pembelajaran hingga ke tua. Impaknya ibu bapa kepada anak-anak OKU masalah pembelajaran keciwa, kerana anak-anak mereka tidak memperoleh apa-apa setelah bertahun-tahun berada di sekolah atau program pendidikan khas kendalian KPM.
Apa perubahan atau tranformasi yang dilakukan oleh KPM untuk merealisasi kurikulum pendidikan khas supaya ia benar-benar memberikan munafaat kepada anak-anak OKU dan boleh diletakkan di persada dunia? Bagi guru pendidikan khas yang kreatif dan berani, cuba melaksanakan aktiviti vokasonal kepada anak-anak OKU pembelajaran. Sekurang-kurangnya ada impaknya kepada anak-anak OKU dengan berbekalkan kemahiran apabila keluar dari alam persekolahan.
Ihsan dari Google
Ihsan dari Google
Monday, 3 December 2012
PERABOT INOVATIF DARI FRIM
5 Julai 2012 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan mempamerkan salah satu daripada produk perabot inovatifnya, iaitu Modular Perabot Luaran, pada Spogagafa 2012 iaitu pameran dagang tahunan terbesar di dunia berkaitan produk taman yang akan diadakan di Cologne, Jerman, September nanti. Produk FRIM ini akan dibawa ke sana untuk dipamerkan oleh syarikat Supreme Tropical Furniture Sdn Bhd (STFSB) yang membuat dan mengekspot pelbagai jenis perabot taman berasaskan kayu ke serata dunia termasuk UK, Eropah, USA dan Australia. click here
Subscribe to:
Posts (Atom)