MERDEKA 55 TAHUN: JANJI DITEPATI
- Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Beberapa agensi Kerajaan dan bukan
Kerajaan telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam industri pembuatan, ke arah memperkembang
dan memperkasakan lagi industri yang sedia ada.
- Peluang Pelaburan
Usahawan dan pelabur boleh meninjau
peluang perniagaan dan pelaburan dalam industri pembuatan melalui badan
pembangunan ekonomi Kerajaan-kerajaan negeri, agensi Kerajaan seperti
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan
pertubuhan-pertubuhan lain yang berkaitan.
- Insentif Kepada Pelabur
Bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor
pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan, Kerajaan menyediakan
persekitaran perniagaan yang kondusif bagi sektor swasta. Pada masa
yang sama, Kerajaan menawarkan pakej insentif menarik bagi menarik
pelabur asing dan tempatan supaya melabur di negara ini.
- Pembiayaan
Kerajaan menyediakan bantuan kepada
usahawan yang ingin menceburi industri pembuatan dengan menawarkan
pelbagai bentuk pembiayaan seperti geran dan kemudahan pinjaman.
- Khidmat nasihat dan perundingan
Untuk membantu pengusaha menambah nilai
serta meningkatkan tahap dan mutu pengeluaran, Kerajaan menyediakan
khidmat sokongan teknikal, perundingan pengurusan dan khidmat nasihat
pakar bagi setiap sektor pembuatan.
- Perundangan Dan Polisi
Di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian
1975, sesiapa yang ingin menjalankan aktiviti pembuatan di Malaysia
dengan dana pemegang saham sekurang-kurangnya RM2.5 juta, atau yang
menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masa perlu mendapatkan lesen
pengilang daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
Pengilang berlesen sedia ada yang ingin mempelbagaikan pembuatan
barangan atau mengembangkan kapasiti pengeluaran juga perlu memaklumkan
perkembangan ini kepada MIDA.
Pembuatan perabot berasaskan kayu dikawal oleh Akta Industri Berasaskan Kayu (Kekuasaan Badan Perundangan Negeri) 1984 yang berkuatkuasa di negeri-negeri yang menerima pakai Akta Perhutanan Negara 1984 dalam Perlembagaan Negeri terbabit.
Pembuatan perabot berasaskan kayu dikawal oleh Akta Industri Berasaskan Kayu (Kekuasaan Badan Perundangan Negeri) 1984 yang berkuatkuasa di negeri-negeri yang menerima pakai Akta Perhutanan Negara 1984 dalam Perlembagaan Negeri terbabit.
- Lesen dan permit
Untuk menjalankan aktiviti dalam
industri pembuatan, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen
perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, pembuatan
barang-barang tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis
bahan-bahan yang dikendalikan.
- Pensijilan
Salah satu langkah untuk mengembangkan
perniagaan ialah mempertingkatkan kualiti produk. Pengilang boleh
mendapatkan pensijilan untuk menjamin kualiti dan menambahkan nilai
produk.